PEMBUKAAN

PEMBUKAAN

ALFATIHAH

alquran

PELAJARAN 37_Adab Membaca Al-Quran

rukun iman

عقيدة

konsep aqidah

Pelajaran 15

hadis kelebihan alquran



1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di  hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya. ( Riwayat Muslim )

2. Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li ‘Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya. ( Riwayat Muslim )

3. Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari  Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain.( Riwayat Bukhari )

4. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya  ia mendapat dua pahala.( Riwayat Bukhari & Muslim )

5. Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Umpama orang mukmin
yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap.
Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu
yang tiada bau dan rasanya pahit.( Riwayat Bukhari & Muslim )

6. Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran.
( Riwayat Muslim )

7. Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda: Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya
siang dan malam.( Riwayat Bukhari & Muslim )

8. Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W.
dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran.( Riwayat Bukhari & Muslim )

9. Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W.bersabda : Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah yang roboh.( Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih )

10. Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan.( Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

11. Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia
tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim. Kami menjawab : Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta
demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya.( Riwayat Muslim )

12. Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca Al Quran.( Riwayat Muslim )

13. Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian beliau bersabda : Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan Al Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad.( Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie & Ibnu Majah )

14. Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca Al Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar  Rasulullah S.A.W. bersabda : Barangsiapa yang membaca Al Quran maka berdoalah kepada Allah dengan Al Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al Quran dan mereka
berdoa dengannya.( Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan )

15. Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )

-Holly Quran cd

bahasa arab3

Pelajaran kelima

KEDUDUKAN / MARTABAT AHLI AL-QURAN

1) عن جابر بن عبد الله أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يجمع بين الرجلين من قتلى أحد في ثوب واحد ثم يقول:” أيهما أكثر أخذا للقرآن”. فإذا أشير له إلى أحدهما قدمه في اللحد، قال:” أنا شهيد على هؤلاء”. وأمر بدفنهم بدمائهم ولم يصل عليهم ولم يغسلهم . (صحيح أخرجه الإمام البخاري وأبوداؤد والترمذي والنسائي وابن ماجه)

Daripada Jabir bin Abdillah ra bahawa Rasulullah SAW meletakkan jenazah dua orang yang mati shahid di Medan Uhud di dalam satu liang lahad dan Baginda bertanya : “yang manakah di antara mereka berdua ini yang lebih banyak mengambil (menghafal) al-Quran ?”. apabila ditunjukkan kepadanya (yang lebih banyak hafalannya) di antara mereka berdua, maka Rasulullah SAW meletakkannya di hadapan di dalam susunan liang lahad itu. Dan Rasulullah SAW bersabda : “Aku menjadi saksi ke atas mereka ini” (saksi bahawa merekalah yang bersungguh-sungguh di medan peperangan hingga mati shahid). Rasulullah SAW memerintah dikebumikan mereka itu dengan darah-darah mereka tanpa disolat dan tanpa dimandikan jenazah mereka itu.

2) عَنْ هِشَامِ بْنِ عَامِرٍ ، قَالَ : شَكَى إِلَى رسولِ الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْجَراحَاتِ يَوْمَ أُحُدٍ، فَقَالَ : ” اُحْـفُرُوْا وَأَوْسِعُوا وَأَحْسِنُوْا ، وَادْفِـنُوْا الاِثْنَـيْنِ وَالثَّلاَ ثَةَ فِي قَـبْرٍ وَاحِدٍ ، وَقَدِّمُوا أَكْـثَرَهُمْ قُرْآناً “، فَمَاتَ أَبِيْ فَقُدِّمَ بَيْنَ يَدَيْ رَجُلَيْنِِ..

(حسن صحيح أخرجه الإمام الترمذي وأبوداؤد والنسائي وابن ماجه وأحمد)

Daripada Hisham bin Aamir ra berkata : dia pernah mengadu kepada Nabi SAW tentang (bagaimana pengkebumian) jenazah yang shahid di medan peperangan Uhud , Rasulullah SAW menjawab : “Koreklah liang kubur , luaskan dan elokkanlah (liang untuk mereka) seterusnya kebumikan dua atau tiga orang di dalam satu liang kubur . Letaklah yang paling hadapan (susunan di dalam liang kubur itu) orang yang lebih banyak menghafal al-Quran”… (kata perawi hadis ini) di antara yang shahid adalah bapaku maka di letakkan di hadapan jenazah yang lain

Pengajaran :

1) Nabi SAW meletakkan jenazah ahli al-Quran lebih ke hadapan daripada yang lain mengikut kadar hafalan mereka, bukti kemulian ahli al-Quran.

2) Hendaklah kita memuliakan apa yang dimuliakan oleh Baginda Nabi SAW.

3) Mereka yang menghafal, mendekati dan memuliakan al-Quran , pasti akan dimuliakan kedudukan mereka di sisi Allah Taala.

4) Orang yang mati shahid wajib dikebumikan tanpa mandi, tanpa kafan dan tanpa solat jenazah.

5) Bukti kemuliaan orang yang mati shahid di medan peperangan fi sabilillah;

a. Tidak dimandi dan tidak dikafankan kerena darah dan kesan luka itu akan menjadi kebanggaan dan perhiasan mereka di hari akhirat nanti.

b. Tidak disolatkan kerana besarnya pahala shahid dan itu sudah cukup memberi syafaat kepada mereka.

Posted by IMAM HJ AZIAN BIN MAN at 8:12 AM 0 comments Links to this post

Sunday, April 18, 2010

bahasa arab2

اللغة العربية

aqidah2

PAI AQIDAH

SILANG KATA

ANEKA PILIHAN

ISI TEMPAT KOSONG